linsharliana.com™

"Wahai jiwa yang tenang tenteram, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha meredhai..."

Recent Updates...

09/07/09
23:37 hours
Semenyih, Selangor

salam blog and all...

rindunya nak menaip. rindunya nak update. tapi semua tu terpaksa saya tahan dalam beberapa hari ni sebab masa tak mengizinkan... buat yang wish tahniah pada saya, baik di blog mahupun telefon, saya ucap berbanyak2 terima kasih. kalian memang yang terbaik.. masa adik saya call saya sebab excited dengan news ni pun saya terdiam dan tak tahu nak cakap apa. speechless betul. tp seronok dengar adik2 kita happy kan. doakan saya dan baby sihat sepanjang perjalanan yang harus kami tempuh ini.. Insya'Allah.

malam ni, OP dan balqis were fast asleep. balqis mcm biasa, kol 9pm dah gosok2 mata. setelah saya bilas badan dia sebentar sbb dia beri2 sebelum tu, bila badan dah segar, bagi susu aja dah lelap. OP pulak, malam tadi sibuk setup server. rasanya... semalaman tak tdo kot? jadi malam ni, angan2 dia nak tengok keliwon-won-won (stail saya dan OP sebut keliwon) tak kesampaian. saya tengok seorang. tapi malam ni cerita dia tak menarik langsung... saya surf the net aje. tak tengok pun. personally, OP lebih banyak spend masa tengok movie ngn saya kat malawi dari kat malaysia.. kat sana, lepas satu satu cerita kitorg tengok. kat sini? hehehe. saya boleh bermimpi siang...

ok cukup.

minggu ni saya dapat tugasan luar. jadi satu malam saya harus tidur di tempat lain. saya cuba utk tidak emo kerana rindukan balqis. almaklumlah, saya belum pernah berpisah lebih satu hari dengan balqis... oh anak dara saya tu. tapi bila dah namanya kerja, terpaksalah keraskan hati. the good thing is, saya tak menangis pun. tapi satu malam tak boleh lena. ;p

balqis semacam tak sedar pun saya takde around, kata OP. dia sibuk dengan main dia. waktu saya cakap dalam fon pun tak bersuara dengan saya. OP kata bila tinggal berdua dengan dia, balqis tak banyak kerenah pun. main sendiri. golek2 atas toto. belek2 buku. pastu tahu2 dah time tdo... mudah betul. cuba kalau muka ummi dia ada, ummi nak pergi dapur pun nak ikut. :) hai lah comel.

saya tak kisah pun kalau dia tak hiraukan saya tak ada. saya risau betul kalau dia cari2 saya. nangis or whatsoever. kalau tak cari tak apelah.. senang abbi dia nak jaga. saya pun senang hati. ada baiknya kalau kita asingkan tempat tdo diorg dari kecil kan?

masa tgh breastfeed pun saya tdokan dalam playpen dia juga. sbb dia adalah seorang cik adik yang rajin jatuh katil. kalau nak breastfeed, angkat keluar la. pastu letak balik. since dia stop bf ngn saya masa umo dia 8 bulan haritu, dia memang dah start tdo sendiri. tak perlu nak didodoi or jenguk or tepuk2... erm, dia tahu ummi dia susah.. anak yang baik, dia tak buat ummi dia risau. Insya'Allah..

buat shila, entah bila lah aku nak tepek gambar kat sini. time consuming lah. hihihi. nanti aku try ok.. but balqis dah tak serupa 'bebe' lagi. so tak boleh dah nak panggil dia bebe. kena tukar pula...

done pasal balqis... lets talk about the 'baby' in my tummy...

bila second pregnancy, saya tak hebohkan langsung kecuali pada certain2 la. sbb biasanya anak kedua ni org dah rasa biasa... so org tak kisah sgt pun. mak saya biasalah, pesan soh jaga kesihatan dan makan. itu pasal saya senyap je. siapa baca sini, tahulah dia. kalau tak, tunggulah baby ni besar sikit utk nampak evidence. kekeke.

tapi, perasaan saya sungguh berbeza dari semua orang. bila kita jadi emak, semua anak adalah istimewa. saya rasa excited macam dulu2 juga.. rasa panic macam dulu juga. takut, saspen, gembira tu suma ada. biarlah apa orang lain nak kata... itulah perasaan emak yang bawak baby tu 9 bulan 10 hari...

saya dah terbayang saya kena keluarkan balik semua baju2 maternity saya. tak banyak. tapi bolehla nak guna semula. plus, stok jubah pun dah ada banyak sikit. jadi boleh la tukar2. itu aje attire saya. kekeke. sandal pregnancy saya pun saya dah start guna hari ini sbb saja nak selesa. lets see if that sandal still can berbakti to me for another pregnancy journey.

orang kata, bila dah pernah pregnant, kita akan prepare dan tahu mcm2... tapi saya rasa, setiap anak tu berbeza2. macam si balqis, dua kali saya admitted. kali ni? saya tak tahu. cuma saya harap segalanya dipermudahkan.. laailaahailla anta, subhanakaminni kuntuminazzholiminn. itulah doa saya.. saya takde azam the bomb apa2. cuma saya nak perbaiki amalam sepanjang pregnancy saya mcam last time. dulu ada juga sikit2 yang saya tak buat...kali ini saya nak buat betul2...

tanya aja pasal pregnancy pada sesiapa yang pernah mengalami. ia bukanlah suatu perkara yang pelik bila wife kita sebut "adei.. sakit sini lah" or "aduh.. sakit situlah".. memang adat pregnancy badan kita akan sakit2. segala macam sakit or lenguh. mengah. u name it. bukan sengaja nak sebut sakit sana sini, tapi itulah realitinya. moga dengan segala sakit yang Allah kurniakan itu, saya akan bersabar pada setiap detik agar Allah redha dengan pahala yang dikurniakan pada saya.. Insya'Allah..

first three months, inilah time yang paling perlu dijaga. kena makan acid folic cukup. kena makan vitamin cukup. kena minum susu. kena rehat cukup (tapi bukan bermalas-malasan ye) dan kena rehatkan minda cukup. jangan tension2. tiga bulan pertama ni sangat penting sbb time ni lah segala organ akan dibentuk. 4 bulan ke atas, baby hanya membesar. jadi masa fasa pembentukan organ ni lah yang kena jaga.

korang kena baca majalah SOLUSI keluaran 9 bulan ni. banyak cerita pasal mati dan kelahiran. dalam tu ada state setiap stage manusia dan apa yang berlaku... sangat menarik dan saya recommend kat semua orang. ilmu dunia untung kat dunia aja. ilmu agama, untung dunia akhirat.. berbaloi kan?

Alhamdulillah, pregnancy kali ini saya rasa ok sikit berbanding yang lepas. tak tahu lah saya sama ada syndrome semua2 tu belum bermula ataupun... memang tak banyak sangat sickness saya. kalau time balqis, ekon buat saya loya. saya menyampah tengok make-up. rasa nak baling je compact powder tu. pening 24 jam tak hilang2 biarpun minyak cap kapak dah berbotol2. muka selebet. mcm2 lagi la...

loya tu memang ada la. tak dapat nak lari. tapi stage yang saya boleh handle lagi. muntah? errr.. sekali je. tu pun sebab penat sangat kot time tu baru balik event. tapi heartburn memang annoying. bila kita pregnant, kita punya digestion system jadi lemah tau. so bila lambat digest, tu yg asyik heartburn tu.. sakit betul. dugaan... :)

pening? erm... on and off. tapi still, saya tak boleh buka ekon kalau naik kereta. memang rasa isi perut berpusing2 nak keluar.. (ngeeee sory). nak tukar tempat duduk ngn balqis dok belakang, lagi saya tak sanggup. OP bawak kereta memang pening la dok belakang... huhu. kang lagi la loya.

plus, saya rasa badan saya dah makin kembang. itu simptom biasa tu... ngeh.

selain dari itu, saya juga harus kawal emosi saya. saya memang dilahirkan sensitive. jadi waktu2 macam ni memang lebih sensitive. last time pregnant kan balqis, OP letak cawan atas meja terkuat sikit pun tiba2 boleh melalak. tak make sense langsung! tapi itulah reality makyong2 semua ni. acewah. jadi jangan main2 ar ngn kami... or u join the club k. sebarang surat menyurat tak akan dilayan.

kalau kita kaji betul2, inilah indahnya jadi orang islam. semua wanita yang pregnant akan melalui ujian yang berat dan rewardnya sangat tinggi. tak terjangkau dek pemikiran kita. kalau kita boleh bersabar (walopon rasa mcm nak hayun je stroller kat muka orang yang kita tengah marah) dengan setiap dugaan or at least sentiasa muhasabah diri kita... Allah takkan sia2kan semua itu. bukan senang nak kawal emosi tapi semuanya bukan lah mustahil sampai kita nak kena 'overly' sensitive setiap kali terjadi apa2. suami yang bijak akan selalu pandai tackle isteri dia yang pregnant time2 macam ni..

last but not least, saya rasa mcm anak perempuan juga this time. hehe. ntah. just a feeling. kalau perempuan, wahh boleh buat kelab beraktiviti bersama dong. bertiga dengan ummi. (huah? suda berangan). kalau lelaki... erm saya harus cari nama, sbb nama yang ada dalam simpanan dah expire. sbb dah digunakan. huwaaaaa...

ok. time for mummy to sleep...
Assalamualaikum...


4th July 2009
0107 hours
Semenyih, Selangor

salam blog and all...

phew. rindunya nak update blog. more like rindunya nak lepaskan tension dengan membebel kosong dalam blog ni. blog adalah tempat saya me-release tensen... sambil memikir2kan apa yang saya taip.

(mata korang jangan melilau-lilau kat blog ni. tumpukan pada cerita saya je. pasal kat 'atas' tu, 'tepi' tu... nanti saya cerita ;p)

balqis, sepanjang 3 hari dia di taska baru ni, saya seronok tengok dia. bila amik time balik, ceria aja. muka pulak makin bulat. heee anak dara saya ni. kita pulak yang diajak bergurau bila dalam kereta. siap tepuk-tepuk saya lagi soh main. pelik tau. kalau dia dok rumah ngn saya, dia takdela active macam tu. haha. tapi saya seronok tengok dia gembira. ialah, si kecil tu, memang dari umur dua bulan saya hantar ke taska, dah biasa dengan orang ramai-ramai. suka berkawan. sekali kena dok ngn ummi, dia mati kutu... ni dapat geng balik, macam-macam dia belajar pastu apply kat saya ngn abbi dia.

saya pulak, dok teringat gelak dia masa kat opis. rindu betul. rasa nak cepat2 je balik. tingat muka senget dia kalau saya nak amik gamba dia...

macam mana dengan ofis baru? as for me, mana-mana office pun biasa aja. ada pro and contra. terpulanglah apa sebenarnya definisi 'seronok' korang dalam erti kata 'bekerja di pejabat' itu. saya... saya rasa requirement saya biasa aja. kalau tak mahu tension, kalau tak mahu kena tegur, duduk aja dirumah. hee. tapi, this new office kira ok la pada saya. walaupun sebagai orang baru, tp saya dah ada experience. so takde la saya tercangak2 kat sini. ada lah idea dalam kepala.

saya enjoy environment kat opis baru sebab sume perempuan. so bebas la. boss sorang je laki. itupun tingkat atas. mujur saya dapat tingkat satu je. diorg ni beli satu deret ke atas bangunan ni, so jadilah ini wisma diorg. mula2 saya underestimate diorg sbb bila saya tgk sume perempuan, dan kerja macam takde kawalan sangat... ingatkan macam orang keje 'gomen' (maaflah ya sangat2). suka2 je itu ini. tapi tak...

kol 9am tepat, sume dah ada lam opis. kol 1pm tepat, sume turun makan. kol 2pm tepat sume dah ada kat meja memasing. kol 610pm tepat, sume dah turun nak balik.. dan waktu pejabat diorg, diorg takde pun nak mengular apa2 langsung saya perhati. surf internet cari menda2 personal pun takde langsung. datang opis, 4jam buat kerja, lunch hour, 4jam buat kerja balik.. dan pulang ke rumah. itu yg buat saya a bit enjoy. tak payah nk pk2 nak buat2 rajin ke... sume tu tak wujud. heh. yg wujud hanya, buat kerja dengan efisyen time bekerja dan habis waktu, silalah pulang ke rumah anda.

nabi kita pun mengamalkan pembahagian masa mcm tu. 8 jam solid utk kerja, 8 jam utk keluarga, 8 jam lagi solid utk Allah. total=24jam...

saya tak pasti lah diorg tu robot ke ape. tp setelah berkawan dengan diorg, diorg adalah manusia biasa yang jarang bermalas-malasan. buat kerja dengan pantas. itu sahaja... ini budaya baik yang harus saya tiru...


Convicted

ha. sekarang utk berita baik tu. yang korang dah nampak kat macam2 ticker yang ada dalam blog ni... convicted tu kalau korang google, it means "In law, a conviction is the verdict that results when a court of law finds a defendant guilty of a crime." cuma, apa yg kami buat bukanlah jenayah... saja je guna pakai kat sini.

Alhamdulillah syukur ke pada Allah yang maha esa atas rezeki ini.

sebenarnya, 'kawan' saya supposed datang on 30th June. a day before saya masuk opis baru. tapi 'kawan' tak muncul2 sampai sekarang. maka, buatlah test sendiri. bila naik dua line tu, saya dalam toilet dah terkesima. terkejut. pastu terdiam 5 saat. OP pula bila tahu, dia sengih. dan besarkan mata. haha.

it is planned. dan bila saya bilang2, balqis 2008 dan InsyaAllah this baby will arrive in 2010. dua tahun seorang... keskes. bukanlah maksud kitorg plan bulan ni dan terus jadi. lama juga tunggu. jadi ini semuanya memang rezeki... Allah nak beri pada bulan ini. tidak pada bulan2 sebelumnya dan tidak pada bulan2 selepasnya. so takdelah soalan2 yg tak munasabah kan.

apa perasaan saya?
erm. pertama, macam tak percaya. kedua, macam tak percaya. ketiga, macam tak percaya. itu je lah yg saya rasa. sepuluh dua juta kali saya tanya OP soalan tu.. "am i pregnant abang?" sampai OP naik mossan nak layan. ngeh. tipulah kalau nak kata saya tak suspend. sebab kita dah lalui benda itu sekali dan dah tahu apa yg berlaku. masa first pregnancy dulu tak berapa takut sangat masa mula-mula mcm ni sbb time tu tak rasa lagi sendiri.. now, sendiri mahu ingat.

saya masih ingat, clear dalam otak. yang saya rasa tendangan pertama balqis masa dia 17 minggu. time tu OP buka kedai cyber cafe kat kota damansara.. balik kerja aja saya tros g kedai. seronok life time tu. time saya dok kat kaunter tu lah saya rasa tendangan pertama dia... lembut. subtle but sure...

now i can imagine my life with two kids. saya tak kisah pun lelaki atau perempuan. orang kata, nak sepasang kan? sorang laki sorang pompuan. tapi saya tak kisah la. yang pasti, nama yang dah lama saya simpan adalah utk baby perempuan. tapi kalau baby lelaki lom ada nama lagi. heh. mana2 pun ok...

dan sebenarnya saya hanya buat test sendiri aja. lom pun g sahkan kat klinik. kekeke. kalau saya tersilap nanti saya beritahu la ya... ;p saya saje je nak happy2 kat sini.. inlah hadiah birthday saya pada tahun ini... :) ngeeee

bila saya revise kembali, baru lah saya sedar mengapa awal bulan 6 haritu saya sakit2 habis satu badan secara tiba-tiba. 3 hari juga nak hilang. kalau dulu OP yang demam teruk time saya mula2 pregnant, kali ni saya pulak yang rasa. then baru saya teringat yang saya kena pedih ulu hati sampai terbangun kol 3 pagi tu. sakit betul. sampai belakang badan saya rasa sengal. now i know, why and why and why, hari saya datang opis tu saya lemah semacam je badan. tangan menggigil2. nak kata tak makan, saya banyak makan. tapi lemahnya, Allah aja lah yang tahu. naik tangga lak tiba2 nak mengah2. salu tu ok je. second day saya kat opis baru, saya pergi toilet 5 kali. nasib takde orang perasan atau tegur. tapi memang asik nak urinate je. huhu. haus semacam. muka panas... tapi seriously, this time tanda2 dia tak seobvious macam yang first. tapi memang perut rasa bloated sbb bila kita mencangkung rasa perut tak rapat ngn kaki... patutlah ada orang tu tiga hari kat opis ni asyik mengadu kat saya dia loya. (hihihihi) hurm. rupanya...

jadi mulai sekarang, saya harus lipat gandakan usaha saya. saya harus banyak bersabar dalam 9 bulan 10 hari ni... segala2nya akan jadi double penat. saya harap OP akan selalu2 offer utk tolong saya sbb saya segan nak mintak tolong banyak2 kat dia. huhu. saya harap OP akan faham dengan mood swing saya dan bertahan dengannya. ;p saya harap saya akan tabah. saya harap saya akan jadi kuat. saya tahu saya akan jadi super penat sbb saya ada rumah utk saya bereskan, toddler seorang utk saya layan, kerja... dan blogging (kahkah) utk saya uruskan. saya tahu, saya tak mampu utk terlentang dan mengharapkan orang lain setelkan house chores saya sbb saya takde maid. keskeskes. sbb itulah saya harap saya kuat walaupun sebenarnya saya tak tahu lagi macam mana penangan semua ini... panggggg. haha.

bila saya teringat bab berjaga malam waktu baby baru dilahirkan... memang terasa mcm nak menangis. tapi, semua tu berbaloi. anak sendiri kan. lagipun tak lama diorg berjaga malam. lepas2 tu dah besar, sure saya akan rindukan semua itu lagi. waktu sekarang ni, bila saya lihat balqis, saya jadi rindu kat dia. saya tahu, bila saya dah tua nanti, saya akan rindu nak bau dia mcm sekarang ni. nak tengok pipi labuh dia.. badan bambam dia.. kaki bambam dia.. jalan terkedek2... semua tu akan saya rindu bila balqis dah besar nanti. huhu. balqis, ummi windu nih. windu nih... windu nihhh...

walau apa pun harapan yang saya harapkan....

segala2nya milik Allah. apa yang saya pinta hanya doa kalian utk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan utk saya dan baby... kita hanya merancang, dan Allah sahaja yang menentukannya.. InsyaAllah.



doakan saya & baby

my status





(I twit only by phone)
    follow me on Twitter

    Salam, I am "LeeN or Ummi Balqis".

    i am a the very first daughter to emak and abah, a very big sister of my siblings, a wife, a mother of one, a worker, so-called student (haha), and a new 'volunteer' in iLuvislam.

    i start to blog since 2006. blog makes me connected with some several valuable friends i might not have the chance to meet in the 'real' world.. i start blogging with blogdrive.. then, i moved to blogspot. I used to have my own blog and this is originally my daughter's blog.. but i found out, my daughter's blog is more meaningful to me..so here i am, sharing a blog with my daughter..

    i love to type really long and non-stop. sorry for the bad habit. its truly mine.


    Visitors Since 17-March-08
    Jones Act
    orang di sini
    salam!

    drop me a line

    Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

    My CiBi Milestones

    • 9.8kg @ 02/07/09 (1YO)
    • 8.85kg @ 16/04/09 (10MO)
    • 8.2kg @ 10/02/09 (8MO)
    • 7.5kg @ 18/12/08 (6MO)
    • 7.3kg @ 29/11/08
    • 6.8kg @ 06/11/08 (5MO)
    • 6.6kg @ 14/10/08 (4MO)
    • 6.0kg @ 11/09/08 (3MO)
    • 5.3kg @ 14/08/09 (2MO)
    • 4.8kg @ 23/07/08
    • 4.3kg @10/07/08 (1MO)
    • 3.3kg @ 08/06/08 (birth)

    Blog Archive

    About this blog


    So, i hope to share with you readers out there about my tit-bit... hubby, daughter, my life.. endless opinions.. sarcastic thoughts.. wonderful journey.. traveling diary (i always travel with my little family) and i always blog about my loved ones out there.. you know who you are.. kan?